Rabu, 27 Jun 2012

IKHLAS

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW menceritakan satu kisah yang tinggi nilainya, ia sepatutnya dijadikan pedoman dan teladan bagi setiap umat Islam yang benar-benar beriman dengan Allah dan rasulNya.


Daripada Ibn Umar r.a. diambil daripada Rasulullah SAW bersabda: “Pada suatu hari, ketika mana tiga orang sahabat bersiar-siar, hujan turun menimpa mereka. Lalu mereka berlindung dalam sebuah gua di sebuah bukit. Tiba-tiba seketul batu yang besar dari atas bukit jatuh menutupi pintu gua tersebut, maka mereka terperangkap di dalamnya. Selepas itu, tiga sahabat itu bercakap di antara mereka: lihatlah amalan-amalan soleh yang kamu lakukannya semata-mata kerana Allah, dan berdoalah kepada Allah dengannya, mudah-mudahan Allah akan meluaskan pintu gua tersebut.
Maka salah seorang daripada mereka berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mempunyai dua orang ibubapa yang tua, dan aku juga mempunya anak perempuan yang masih kecil dan aku menjaga mereka. Apabila datang waktu pagi, aku akan memberi mereka susu dan aku mulakannya dengan memberi minum ibubapaku dahulu sebelum anakku. Sesungguhnya tempat kerjaku jauh dan bila aku pergi ke sana, waktu petang baru aku pulang. Waktu itu, aku dapati ibubapaku sudah tidur. Aku perlu memberi mereka susu seperti kebiasaan. Aku bawakan mereka susu dan tunggu di sisi mereka. Aku tidak tergamak untuk mengejutkan mereka dari tidur mereka, aku juga tidak tergamak untuk memberikan susu itu kepada anak perempuanku dahulu sebelum mereka, sedangkan anak perempuanku sedang merenget di tepi kakiku. Begitulah keadaanku dan keadaan mereka sehingga naik fajar. Jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku lakukan semua itu kerana mencari keredaanMu, maka Engkau luaskanlah sedikit pintu gua ini sehingga kami dapat melihat langit. Maka dengan doa itu, Allah telah meluaskan sedikit pintu gua itu sehingga mereka dapat melihat kangit.
Maka sahabat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku pernah mempunyai anak saudara perempuan yang aku sangat mencintainya lebih dari kecintaan lelaki kepada wanita. Aku telah minta untuk melakukan zina dengannya, tetapi dia menolak, kecuali aku dapat berikan kepadanya 100 dinar. Maka aku pun berusaha sehingga aku dapat mengumpulkan 100 dinar. Selepas itu aku berjumjpa dengannya bersama-sama 100 dinar tersebut. Sedang aku duduk di antara dua kakinya, (untuk melakukan zina), dia berkata: wahai Hamba Allah! bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau cincin itu kecuali dengan cara sebenarnya. Lantaran itu aku bangun dan menjauhinya. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku menjauhi perkara itu semata-mata kerana mencari keredaanMu, maka luaskanlah pintu gua ini. Maka dengan doa itu, Allah meluaskan sedikit pintu gua tersebut.
    Kemudian berdoa pula sahabat yang ketiga: Ya Allah! sesungguuhnya aku pernah mengupah seseorang (melakukan suatu pekerjaan) dengan satu bahagian dari padi.Apabila dia selesai kerjanya, dia berkata: berikan aku upahnya! Aku pun menunjukkannya upahnya, lalu dia meninggalkannya dan tidak menyukainya. Maka aku pun menanamnya (padi tersebut) sehingga aku dapat mengumpul darinya lembu dan penyembalanya. Selepas itu, dia datang lagi kepadaku dan berkata: bertakwalah kepada Allah! dan janganlah kamu menzalimiku, berikanlah kepadaku hak aku! Aku berkata: Pergilah kepada lembu itu dan pengembalanya. Dia berkata: Bertakwalah kepada Allah, jangan mempermainkan aku. Aku berkata: Sesungguhnya aku tidak mempermainkan kamu, ambillah lembu-lembu itu dan pengembalanya sekali, maka lelaki itu pun mengambilnya dan beredar pergi. Jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku melakukan semua itu kerana untuk mendapatkan keredaanMu, maka luaskanlah pintu gua ini. Maka Allah meluaskan pintu gua tersebut. Dan mereka dapat keluar darinya dengan selamat.
(Hadis Riwayat Bukhari, kitab: Adab, bab: al-Birru wa al-Sillah.)
        Keikhlasan, biarpun sekecil kuman, hanya Allah sahaja yang boleh menilainya. Untuk muhasabah diriku juga .

LETIH TAPI PUAS

     Minggu yang amat meletihkan. Hari Terbuka, Hari Keusahawanan, Hari Anugerah Cemerlang SPM 2011, Hari Koperasi Sekolah dan esok pula Kejohanan Olahraga Tahunan. Mesyuarat Agung Koperasi belum lagi di samping tugasan harian. Sedang aku sibuk-sibuk mencari peserta rumah sukanku untuk kejohanan olahraga tahunan, tiba-tiba..."kak bahan Wadah Aksara dah ada..?"...Ya Allah..hari ni dah hari Rabu rupanya...tarik nafas perlahan-lahan..apa pun terjadi malam ni ni aku kena siapkan bahan Wadah Aksara pula, jika tidak kesian Syafiq nk susun bahan. Begitulah rasanya rutin yang aku alami .Namun disebalik semua keletihan ini , terbitnya satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan.  Lagi-lagi apabila melihat blog sekolah kesayanganku ini semakin menjadi tumpuan orang ramai. Cuma yang belum tercapai penggunaan atau manfaat yang boleh pelajar gunakan di sebalik blog-blog yang diwujudkan. Moga suatu hari nanti pelajar menggunakan sebaiknya kemudahan  ICT ini dan bukan setakat melepak dan bersembang kosong di FB sahaja.Wadah Aksara juga mulai mendapat tempat di hati orang luar. Malahan ada yang berbisik nak kan semua keluaran buletin sekolah itu daripada awal keluarannya hingga sekarang.Inilah haasil yang membuahkan kemanisan buat aku dan kawan-kawan yang sudah bekerja keras bersama-sama. Tanpa mereka aku juga tak akan mampu melakukannya sendirian. Aku banyak belajar dengan anak-anak muda yang menguasai ICT dan guru-guru lama yang kreatif menyusun kata dan bait-bait bicara dalam blog dan Wadah Aksara yang kami hasilkan.
      Semenjak bergelar' Mahasisitua' ni aku jatuh cinta dengan bidang ICT yang banyak memberikan manfaat sebenarnya untuk menarik minat generasi Y .naku mulai mampu menghasilkan movie-movie dan meneroka sendiri teknik menghasilkan blog yang menarik. Aku juga sudah mampu menghasilkan bahan slaid utnuk P&P. Inilah kebaikan di sebalik kepayahan aku bergelar ' mahasistua'.Banyak lagi ilmu-ilmu yang ingin aku terokai. Aku teringin sekali menghasilkan satu dokumentari untuk sekolah.
     Hari ini aku juga mampu tersenyum apabila menyaksikan guru-guru rumah sukanku sama-sama turun padang menunjukkan kreativiti menghias rumah sukan. Inilah kehebatan rumah BERANI...bersatu. Esok kita saksikan keberanian rumah Berani Berentap...Pulang petang tadi dalam keletihan yang teramat ..tetapi aku puas..Jika kita kerja dengan ikhlas..pasti kebahagiaan akan kita rasakan. Meskipun malam ini aku mendapat result peperiksaan aku yang tidak berapa baik jika dibandingkan keputusan yang lalu. Tapi aku tetap puas kerana sebelum ini Allah telah banyak memberikan aku berita gembira. aku seharusnya bersyukur. Mana tau esok  akan ada berita gembira lagi..?

Rabu, 20 Jun 2012

Latihan Pendahuluan

Sila buat pendahuluan untuk karangan bahagian B. Gunakan frasa gramatis.
 Soalan: Huraikan tentang kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Sabtu, 16 Jun 2012

KEJAYAAN HARUS DIBURU BUKAN DITUNGGU

Alahmdulillah lega rasanya selepas seminggu bersengkang mata dan memerah otak . Menduduki peperiksaan di saat-saat usia lewat ini memang banyak dugaan. Seluruh tubuh terasa sakit akibat 'stess' yang dihadapi. Tidur yang tidak cukup menyebabkan kesihatan turut terganggu. Namun aku reda dan pasrah dengan ketentuan-Nya.Aku juga bersyukur kerana meskipun aku terpaksa menempuh pelbagai rintangan kerana belajar lagi pada usia sebegini namun banyak ilmu yang aku dapat dan pelajari. Jika tidak, pasti aku masih lagi 'Buta Komputer'dan sepertinya segala ilmu ini juga banyak mematangkan lagi fikiranku. Melihat kesungguhan rakan-rakan yang sama belajar juga menyuntik semangat aku untuk terus berjuang bersama-sama mereka. Malahan yang lebih membuat aku terharu ' semangat kerjasama' dalam kalangan kami meniti kepayahan dan ranjau-ranjau berduri tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri, bahkan kecemerlangan bersama yang kami sasarkan. Apabila melihat keputusan peperiksaan yang berjaya dicapai dengan cemerlang dalam kalangan kami , pelik rasanya jika anak-anak didikku tidak mampu melakukan seperti yang kami lakukan. Semangat dan sasaran harus ada dalam diri setiap manusia untuk mencapai kejayaan. 'Jika ruyong tidak dipecahkan ,manakan dapat sagunya'. Tamankanlah azam untuk terus mengapai bintang . PMR semakin hampir. Melihat keputusan peperiksaan baru-baru ini , mereka seolah-olah merasakan PMR masih ada setahun lagi. Bangunlah anak-anak didikku daripada buaian mimpi yang lena. Debaran yang kami guru-guru rasakan tidakkah kamu rasai? Masih sempat untuk membuat perubahan. Mari... genggam tangan kami. Kami bantu anda semua menuju kecemerlangan . ingatlah... kejayaan harus diburu bukan ditunggu.