Jumaat, 14 Oktober 2016

LUAHAN TAK BERNOKTAH...

Sejak akhir-akhir ini, diri ini semakin kurang cergas untuk melaksanakan tugasan. Aku bukan insan yang cergas seperti dahulu. Emosi aku sering terganggu dengan masalah sekeliling. Tanggungjawab sebagai anak dan adik . Semua terbeban di pundakku. Aku tidak mampu meluahkan rasa kepada sesiapa pun. Semua  akan berkata ' itu tanggungjawabku' . masalah kewangan dalam family juga aku tak mampu luahkan kepada sesiapa pun. Aku harus menanggung kehidupan keluargaku kerana tanggungjawab suamiku terpaksa dihentikan demi melayani kesihatan abang-abangku. Meskipun adik-adik lain banyak membantu, namun perbelanjaan buat keluargaku sedikit terganggu kerana suamiku yang terpaksa tidak berkerja untuk mengurus abang-abangku yang tidak sihat. 

Emosiku semakin terganggu sejak aku menjawat jawatan Pengerusi Kelab Bilik Guru, persahabatan aku dengan sahabat yang selama ini kuanggap syurgaku semakin jauh. Perselisihan faham kami disiram dengan minyak tanah yang semakin menyemarakkan dan merenggangkan perhubungan kami. yang peliknya pihak yang bertanggungjawab ini mampu ketawa dan ketawa tanpa merasa bertanggungjawab untuk menyatukan kami semula. Aku sendiri tidak pasti sehingga bila hubungan kami akan terus dingin. Semua ini benar-benar menganggu emosiku dan menjadikan kesihatanku sedikit merosot. Namun aku tak pernah berputus asa berdoa dan berdoa moga suatu hari nanti kami akan bersatu semula. Keciwa..luka nan parah melihat dia di depan mata tapi menjauh dari aku. Aku tidak mampu pun untuk mengadu pada sesiapa. Aku jadi takut untuk meluahkan rasa pada sahabat-sahabat lain.. aku bimbang aku dikhianati lagi. Kepercayaan aku pudar. Bukan aku tidak memaafkan, tetapi aku tidak mampu menjadi orang yang sangat baik hati. Berkali-kali aku cuba melupai pengkhianatan itu,,,namun setuap kali aku melihat perhubungan aku yang musnah dan runtuh dengan BFF aku , aku terluka lagi. Mampukah dia mencantum semula hati kami yang ROBEK? Persahabatan yang kami bina berpuluh-puluh tahun lamanya.

Aku tidak sabar menanti 4 November...jawatan ini akan aku lepaskan, jawatan yang  telah memisahkan aku dgn BFF aku. aku pernah bercita-cita untuk menyatukan dan menperkuatkan Ukhuwah para sahabatku, rupanya ukuhuwah aku yang terpelanting jauh. Melalui blog ini, aku meluah rasa, meskipun aku berbicara sendirian. aku lebih senang begini daripada berbalah dengan mereka yang tidak pernah merasai kesakitan yang aku alami. Aku cuba mendidik hati agar mampu mengawal perasaaanku ini. Mungkin kesakitan dan kesabaran ini mampu menjadikan aku hamba-Nya yang terpilih di akhirat sana.  Sabar....Umi....Sabar...Masukklah ke syurga terus tanpa perlu menunggu orang yang mencarimu untuk memohon kemaafan. Maafkan mereka.


Ya Allah bantulah aku hidup tanpanya, dan sembuhkanlah luka-luka yg masih berdarah dalam hati ini. Jadikan aku hamba-Mu yang hanya mencintai-Mu melebihi segalanya.