Rabu, 9 November 2016

Derita itu berlalulah...

wajah yg menyimpan kedukaan pada malam itu
4 November 2016, berakhirlah sudah tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan buat aku. Lega aku apabila dapat melepaskan batu yang berat terpikul di bahuku. Malam itu, aku seperti tahun-tahun lalu mahu gembira dan hilangkan stress bersama dengan rakan-rakan. Banyak yang aku korbankan..masa dan wang ringgit untuk membahagiakan mereka..aku tak mahu rakan-rakan aku pulang dengan tangan kosong. Aku mahu mereka puas hari pada hari kemuncak itu.

Aku tak pasti apakah respon mereka selepas majlis..dan aku tak ingin tahu. Yang aku tahu biarlah mereka gembira pada malam itu. Ada kelukaan yang menyisip dalam jiwaku malam itu. Ada kekurangan yang aku rasakan. Dari awal aku membuat persiapan hingga majlis berakhir.
Aku benar-benar rasa kecewa. Mana perginya insan yang selalu bersama aku pada waktu-waktu sebegini? Kita bersama setiap kali majlis. Pulang jauh malam. Aku sentiasa menemanimu. Maghrib itu aku solat sendirian di surau..bersiap sendirian..airmata aku tumpah jua. Inikah ujian atau balasan buat aku? Dalam doaku "Ya Allah hadirkanlah kekuatan pada aku untuk malam ini". Aku hanya mampu menangis sendirian.

Majlis berlangsung dengan lancar. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah membantu aku sekuat tenaga mereka. Anida..banyak bertungkus lumus..aku tau dia bukanlah sihat sangat..tapi dia sangat komited pada tugasnya. Moga Allah anugerahkan dia kesihatan yang baik. Panjangkanlah usianya Ya Allah agar dia dapat berbakti kepada orang tuanya. Azilah..Aqilah.. suzi..mazni..mira..kak jas ..Umi..Kak Ida..liza...mamat..mail..azam banyak membantu aku. Tanpa mereka aku akan hilang terus kekuatan.

Tekanan perasaan pada malam itu, benar-benar menyiksa aku. Dia tidak hadir pada  malam itu. Benci benar dia pada aku. aku kenal benar dengan sikapnya...jika tidak masakan tiada mesej yang aku terima. aduh..luka aku semakin parah..ku gagahi menguntum senyuman pada rakan-rakan. Senyuman yang palsu...ucapan yang ditutur juga hambar pada malam itu . Aku menahan keperitan dan kesedihan .. aku tidak mahu airmata aku tumpah pada malam itu di hadapan rakan-rakan..Aku hampir tumbang di luar dewan...Ramai yang lihat aku tersenyum pada malam itu..tetapi tahukah wajah itu menyimpan seribu satu kedukaan..derita yang entah bila akan berakhir.

Inilah tempat aku meluah rasa..aku tahu tak ramai yang menjelajah ke blog aku ini. jadi aku dapat melepaskan rasa dalam blog ini. Biarlah coretan ini aku tulis dan aku baca sendiri.

Apa yang aku perlu buat untuk mencari kekuatan itu...berdoalah umi..berdoalah ..hanya Allah tempat mengadu...jangan disiksa jiwa..biarlah pengakhiran kita itu bersama cinta Rabbula'lamin. Ya Allah dekatkanlah hatiku dan hati  keturunanku pada-Mu. Tempatkan kami teristimewa dan dekat dengan-Mu.


senyuman kawan-kawan kegembiraanku

Moga persahabatan aku dan sahabatku ini akan berkekalan 

Kekuatan diriku 

2 ulasan:

  1. Majlis apa agaknya ini ya..? Siap berselempang lagi..tentu ada Anugerah Skrin ni

    BalasPadam
  2. Majlis Jamuan Akhir Tahun , Mat som. tak de anugerah skrin..saja nak buat kawan-kawan happy

    BalasPadam